Monday, October 8, 2018

09 Oktober 2018 | Baitulmaqdis Tour | Laut Mati | Amman Jordan

 

Laut Mati (Bahasa Ibrani: ים המלח‎; Bahasa Arab: البحر الميت; Bahasa Inggeris: Dead Sea) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut yang merupakan kedudukan terendah di atas daratan dunia dan juga tasik masin yang terdalam dengan kedalaman 330 m. Airnya mempunyai kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan sebanyak 33.7 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh sebab itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh berlayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.

Ia merupakan salah sebuah pusat peranginan kesihatan pertama di dunia (untuk Herod the Great) dan telah menjadi pembekal pelbagai jenis produk, dari asfalt untuk mumia Mesir hingga potasy untuk baja.

Laut Mati surut dengan kadar yang pantas; luas permukaannya hari ini ialah 605 km2 (234 batu persegi) dan pernah mencapai 1,050 km2 (410 batu persegi) pada tahun 1930.

Nabi Lut adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. iaitu ayahnya yang bernama Haran bin Terah. Nabi Lut diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Jordan), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin, Laut Mati.

Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu melakukan hubungan kelamin sesama sejenis iaitu lelaki dengan lelaki yakni meninggalkan perempuan. Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah yang amat buruk. Nabi Lut telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut disamping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Lut dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.