Saturday, October 6, 2018

06 October 2018 | Baitulmaqdis Tour | KLIA to Bangkok | Transit









PENGENALAN

Saya dan isteri mengikuti lawatan 11 hari ke Jordan, Palestin dan Israel. Kami mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh Rarecation yang bermula dari 6 Oktober 2018 hingga 16 Oktober 2018. Official departure oleh Racecation adalah pada 8 Oktober 2021, namun saya dan isteri memilih untuk perjalanan 2 hari awal bagi membolehkan kami melawat beberapa lokasi bersejarah di sekitar Amman yang tidak ada dalam aturcara lawatan rasmi oleh Rarecation.

KENAPA MEMILIH LAWATAN INI?

  • Masjid Al-Aqsa, Masjid Nabawi dan Masjidil Haram merupakan 3 masjid yang disebutkan dalam Al Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W. Pada Disember 2017, saya dan isteri telah mengunjungi Masjidil Al Nabawi (Madinah) dan Masjidil Al Haram (Mekah) semasa menunaikan umrah bersama Rarecation.

Wahai kaumku! Masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu berbalik ke belakang (karena takut kepada musuh), nanti kamu menjadi orang yang rugi. | Ai Ma’idah 5:21

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. | Al-Israa' 17:1 

Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut) : Masjidil Haram di Mekah, Masjid Al Rasul (Masjid An-Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa  di Palestin. | Hadis Al-Bukhari


  • Negara manakah yang menjadi sebahagian dari Shaam? 

Bilad al-Sham terdiri dari wilayah Greater Syria, yang meliputi negara-negara moden Syria, Lebanon, Jordan, Palestin yang diduduki, dan Palestin, serta wilayah Hatay, Gaziantep, dan Diyarbakir di Turki moden.



  • Pengalaman memijak bumi Palestin dan kini di panggil bumi Israel

Keterujaan untuk memijak bumi Palestin iaitu bumi para ambia dan bersolat di Masjidil Al Aqsa, melihat sendiri depan mata apa itu Palestin dan apa itu Yahudi dan Israel. Belum tentu kita semua mendapat rezeki memijak bumi Palestin dan Israel.



Asalnya bangsa Yahudi tidak ada tanah dan bertaraf penempatan tapi akhirkan Yahudi mengaku kawasan yang di takluki itu kepunyaan mereka.